Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 10 Pro Edisi Terhad Mi Fans Festival 2021 kini ditawarkan pada harga RM 1,099


Sempena Mi Fan Festival 2021, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan Redmi Note 10 Pro MFF Special Edition yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja.

Redmi Note 10 Pro MFF ini hadir didalam warna Gradient Bronze dan panel belakang ini juga mempunyai cetakan icon Mi Fan Festival 2021.

Selain itu, edisi khas Redmi Note 10 Pro MFF juga hadir dengan kotak edisi khas selain poskad Mi Fan Festival yang menampilkan Mi Bunny astronauts.

Dilancarkan sebagai cenderamata eksklusif Mi Fan Festival tahun ini, Redmi Note 10 Pro MFF ini akan ditawarkan secara eksklusif dan didalam kuantiti yang terhad seluruh dunia.

Redmi Note 10 Pro MFF Edisi Terhad ini kini ditawarkan di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, wakil penjual rasmi dan Mi Stor seluruh negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.