Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A54 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 sahaja


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran siri baru didalam Oppo A yang merupakan telefon pintar terlaris Oppo dibawah harga RM 1,000.

Oppo A54 merupakan model entry-level baru syarikat ini dan ianya ditawarkan pada harga dari RM 599 sahaja.


Oppo A54 hadir dengan skrin paparan LCD HD+ berukuran 6.51-inci, pemproses Mediatek Helio P35 MT6755, 4GB RAM dan 64/128GB storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Oppo A54 menampilkan sensor utama 13MP, sensor bokeh 2MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 16MP.


Selain itu, Oppo A54 juga tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh iaitu dengan pengecasan pantas 18W dan telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan IPX4.

Oppo A54 juga mempunyai sensor capjari dibahagian sisi

Oppo A54 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu crystal blue dan starry black dan terdapat dua varian yang dijual di Malaysia iaitu 4/64GB pada harga RM 599 dan 4/128GB pada harga RM 699.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Oppo A54 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.