Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme M1 Sonic Electric Toothbrush kini ditawarkan di Watsons – RM 199


realme Malaysia telah mengumumkan kerjasama eksklusif global dengan Watsons yang memberikan satu platform alternatif untuk membeli produk penjagaan diri keluaran realme.

Sebagai permulaan, berus gigi realme M1 Sonic Electric Toothbrush kini telah ditambah didalam senarai inventori produk Watsons Malaysia dan anda boleh mendapatkanya di stor Watson terpilih atau di stor atas talian www.watsons.com.my

berus gigi realme M1 Sonic Electric Toothbrush akan ditawarkan pada harga RM 199 dan ianya boleh didapati didalam dua pilihan warna iaitu biru atau putih.

Selain berus gigi realme M1 Sonic Electric Toothbrush, masih belum ada sebarang pengumuman samada produk penjagaan diri realme yang lain akan turut ditawarkan di Watsons tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.