Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Black Shark 4 akan hadir dengan skrin AMOLED-E4 144Hz


Pelancaran rasmi Siri Black Shark 4 akan berlangsung esok dan ianya dilihat akan terdiri daripada dua model iaitu Black Shark 4 Pro dan Black Shark 4.

Walaubagaimanapun, Black Shark belum mengesahkan spesifikasi penuh telefon pintar ini, namun kini syarikat ini telah mengesahkan bahawa ianya akan menampilkan skrin paparan AMOLED E4 berukuran 6.67-inci.

Skrin paparan keluaran Samsung ini akan menampilkan kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Walaubagaimanapun, Black Shark masih belum memberikan pengesahan samada kedua-dua model ini akan tampil dengan skrin ini yang memberikan kita petunjuk besar bahawa ia mungkin hanya ditawarkan pada Black Shark 4 Pro

Selain itu, Black Shark 4 Pro dan Black Shark 4 juga disahkan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888, bateri 4,500mAh pengecasan pantas 120W dan kapasiti RAM sehingga 12GB

Pastikan anda membaca laporan pelancaran rasmi Siri Black Shark 4 di www.mobilefokus.com esok

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.