Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds Air 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Mac ini


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme Buds Air 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Mac ini.

realme Buds Air 2 merupakan peranti audio terbaru daripada syarikat ini susulan pelancaran realme Buds Air tahun lalu.

realme Buds 2 memiliki fungsi Active Noise Cancellation yang mampu menapis bunyi bising persekitaran sehingga 25dB, 88ms Super Low Latency dan 25 jam waktu pendengaran.

Selain itu, realme Buds Air 2 telah dihasilkan dengan kerjasama The Chainsmokers sebagai Chief Tuner realme.

realme Buds Air 2 akan dilancarkan pada 25 Mac ini pada jam 12 tengahari dan anda boleh menontonya secara langsung di Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.