Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei FreeBuds 4i yang lengkap dengan ANC akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi


HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa HUAWEI FreeBuds 4i akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi!

Sebagai pasaran utama, Malaysia adalah salah antara beberapa negara pertama yang menerima fon telinga TWS susulan dari pelancaran global awal bulan ini.

Tambahan terbaru untuk HUAWEI Audio Family dan FreeBuds i Series ini akan hadir dengan ciri-ciri menarik termasuk Active Noise Cancellation (ANC), Mode Kesedaran, hayat bateri yang unggul dan kualiti suara.

Dengan kepakaran bertahun-tahun dalam inovasi teknologi earbuds TWS, HUAWEI terus memperkukuhkan misinya untuk memberikan pengalaman pengguna yang berkualiti melalui teknologi untuk dunia yang terhubung.

HUAWEI berkomitmen untuk memberikan pengalaman ANC terbaik seperti yang dilihat dalam produk audio seperti HUAWEI FreeBuds Pro – earbud TWS pertama di dunia yang menampilkan Intelligent Dynamic ANC.

Ciri ini dapat mengenali suara persekitaran dengan pantas mengaktifkan pembatalan kebisingan untuk pengalaman pendengaran yang lebih sesuai.

ANC, ciri mewah industri audio kini tidak eksklusif kepada rangkaian earbud dan fon kepala yang premium sahaja.

HUAWEI Freebuds 4i akan hadir dengan ciri yang lebih baik berbanding generasi sebelum inj, 10 jam pendengaran berterusan dengan pengecasan penuh bersama dengan ciri ANC dan Mod Ambient, semuanya dengan pada harga yang berpatutan.

HUAWEI FreeBuds 4i juga menyokong hayat bateri 7.5 jam yang mengagumkan dengan ANC diaktikfkan, peningkatan daripada HUAWEI FreeBuds 3i yang mempunyai jangka hayat bateri 3.5 jam.

Buat masa ini harga penjualan Huawei FreeBuds 4i di Malaysia belum diumumkan namun ianya akan ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu Ceramic White.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.