Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Mi Watch Malaysia – Jam Pintar Yang Lebih Mengutamakan Ciri Kecergasan & Sukan


Xiaomi, sebuah syarikat gergasi yang sangat terkenal dengan Mi Band, salah satu jam kecergasan paling popular didalam sejarah.

Apabila mengatakan Xiaomi masih baru didalam pasaran jam pintar adalah sesuatu yang mengejutkan walaupun sejarah syarikat ini didalam peranti pemakaian adalah agak baik.

Walaupun bukan yang pertama, Xiaomi Mi Watch boleh dikatakan sebagai jam pintar pertama syarikat ini yang melepasi sempadan China dan memasuki pasaran antarabangsa.

Lebih menggembirakan, Xiaomi Mi Watch juga telah disahkan untuk ke pasaran Malaysia dan ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 469.

Xiaomi Mi Watch

Jam pintar Xiaomi Mi Watch ini adalah model yang sama dengan Mi Watch Color Sports Edition yang ditawarkan secara eksklusif di China dan telah dilancarkan di sana pada bulan Oktober.

Xiaomi Mi Watch tampil dengan 117 mod sukan yang juga dilengkapi dengan GPS, sensor degupan jantung optikal, perekod tidur dan bacaan kadar saturasi oksigen dalam darah SpO2.


Reka Bentuk

Xiaomi Mi Watch menampilkan reka bentuk jam yang bulat yang kelihatan seperti jam tradisional.

Ianya mempunyai dua butang fizikal pada sisi iaitu pada rangka plastik yang selari dengan tali silikon namun kami mendapati tali jam ini sedikit kesat.

Saiz rangka jam Xiaomi Mi Watch boleh dikatakan berada pada tahap maksima yang mana pengguna dengan tangan yang lebih kecil mungkin merasakan ianya sedikit besar untuk mereka namun berat jam pintar pintar adalah 32 gram sahaja.

Pada bahagian dalam rangka ini adalah skrin paparan AMOLED berukuran 1.39-inci dengan kadar piksel 454 x 454 namun skrin paparan ini yang menyokong input sentuhan dan navigasi juga boleh dilakukan melalui dua butang fizikal pada sisi.

Kadar kecerahan Xiaomi Mi Watch juga adalah sangat baik yang bermaksud anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk menggunakanya dimana sahaja termasuk dibawah cahaya matahari yang terang dan terdapat 5 tahap kecerahan yang boleh ditetapkan sendiri atau gunakan sahaja tetapan kecerahan automatik.

Xiaomi Watch tampil dengan barisan watch faces yang menarik yang boleh diubah terus dari jam anda atau melalui aplikasi Xiaomi Wear yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

Beralih kepada jangka hayat bateri, Xiaomi Mi Watch tampil dengan bateri berkapasiti 420mAh yang menjanjikan sehingga 16 hari pengunaan tanpa pengecasan semula.

Dakwaan Xiaomi mengenai jangka hayat luar biasa ini ternyata benar kerana hasil pengunaan kami mendapati ianya mampu bertahan untuk tempoh melebihi dua minggu tanpa sebarang masalah.

Pengecasan yang ditawarkan adalah jenis pengecasan khas yang sama seperti pada Mi Watch Lite yang bermaksud anda hanya boleh mengecas Mi Watch anda menggunakan kabel itu sahaja.

Walaubagaimanapun jangka jayat sehingga 16 hari memastikan anda tidak perlu membawa kabel pengecasan ini sekiranya perlu ‘outstation’ untuk tempoh yang singkat.

Secara keseluruhanya, Xiaomi Mi Watch masih belum boleh dikategorikan sebagai sebuah jam pintar yang lengkap kerana ianya tidak mempunyai fungsi jam pintar yang menyeluruh seperti membalas mesej terus pada jam dan banyak lagi.

Xiaomi Mi Watch kini boleh didapati dipasaran Malaysia pada harga RM 469 di Shopee , Lazada dan stor fizikal Xiaomi 

Terdapat tiga pilihan warna iaitu Black, Beige dan Navy Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.