Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 telah menerima pengesahan SIRIM – dilancarkan 22 Mac ini


Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa siri Vivo X60 akan memasuki pasaran Malaysia pada 22 Mac ini.

Kini, Kedua-dua telefon pintar Vivo ini iaitu Vivo X60 Pro dan Vivo X60 telah menerima pensijilan SIRIM yang merupakan langkah-langkah penting sebelum sesuatu produk elektronik dijual di Malaysia.

Siri Vivo X60 merupakan telefon pintar pertama dengan teknologi kamera yang dibangunkan bersama ZEISS.

Vivo X60 Pro+ kini rasmi dengan Snapdragon 888 & teknologi kamera yang lebih hebat

Kedua-dua telefon pintar siri Vivo X60 ini mempunyai reka bentuk yang sama namun mempunyai perbezaan dari segi storan, kamera, kapasiti RAM dan bateri.

Vivo X60 dan Vivo X60 Pro hadir dengan skrin paparan E3 AMOLED berukuran 6.56-inci yang membawakan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+, pemproses 870 5G dan antaramuka OriginOS 1.0 yang berasaskan Android 11.

Beralih kepada kamera, Vivo X60 Pro tampil dengan sensor utama 48MP Sony IMX598 yang disertakan dengan OIS 4-paksi, sensor ultrawide 120° 13MP yang turut menawarkan fungsi kamera makro, sensor telefoto 13MP dan sensor periskop 5x 8MP.

Selain itu, Vivo X60 Pro juga hadir dengan 12GB RAM dan 256GB storan dalaman selain bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 33W turut disertakan.

Beralih kepada Vivo X60 pula, ianya hadir dengan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telefoto 13MP selain bateri berkapasiti 4,300mAh.

Vivo X60 pula dijangka akan ditawarkan didalam beberapa konfigurasi iaitu 8/128GB dan 8/256GB.

Akhir sekali, maklumat lanjut mengenai pelancaran siri Vivo X60 dan X60 Pro yang akan dilancarkan pada 22 Mac ini boleh diketahui di Facebook vivo Malaysia, Instagram dan laman rasmi Vivo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.