Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri OnePlus 9 disahkan akan hadir dengan panel LTPO OLED 120Hz

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan secara rasmi bersama-sama jam pintar pertama OnePlus pada 23 Mac ini.

OnePlus 9 kini telah mengeluarkan maklumat penting mengenai spesifikasi skrin yang akan digunakan pada telefon pintar ini.

Menurut akaun Weibo OnePlus, syarikat akan menggunapakai panel skrin LTPO dengan kadar bingkai boleh ubah dari 5Hz sehingga 120Hz.

Selain itu, skrin paparan OnePlus 9 ini juga akan mempunyai resolusi QHD+ dengan certifikasi A+ daripada DisplayMate dan 8192 tahap kecerahan skrin.

Selain itu, panel Samsung LTPO OLED ini juga lebih efisen berbanding panel AMOLED yang biasa sekaligus mengurangkan lagi pengunaan bateri.

Pelancaran rasmi OnePlus 9 akan berlangsung didalam masa kurang dari seminggu sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.