Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Malaysia sahkan pelancaran Find X3 Pro akan berlangsung bulan ini


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Find X3 Pro akan dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan ini.

Oppo Find X3 Pro telah dilancarkan pada 11 Mac lalu dan penjualan telefon pintar dikatakan akan bermula mulai 30 Mac ini.

Terus kepada reka bentuk panel belakang Oppo Find X3 Pro, ianya diperbuat daripada satu gelas yang turut melekung sebagai modul kamera.

Beralih kepada skrin, Oppo Find X3 Pro tampil dengan skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 6.7-inci yang menawarkan anda resolusi QHD+ dan kadar segar 120Hz yang mampu berubah sehingga ke kadar serendah 5Hz mengikut keperluan aplikasi dan kandungan pada skrin.

Beralih kepada kamera, Oppo Find X3 Pro hadir dengan tetapan quad-kamera iaitu dua sensor 50MP Sony IMX766 iaitu sensor utama dengan f/1.8 dan sensor ultrawide dengan aperture f/2.2.

Sensor utama Oppo Find X3 Pro juga mempunyai OIS, EIS, dan All Pixel Omni-directional PDAF untuk pemfokusan yang cepat dan tepat pada semua keadaan cahaya.

Selain itu, dua sensor 50MP ini juga disertakan dengan satu sensor telefoto 13MP yang menawarkan pengzoom hibrid 5x dan sensor micro 3MP (lengkap dengan lampu led) untuk fotografi makro yang luar biasa dengan kadar magnifikasi sehingga 60x.

Beralih kepada kamera selfie, Oppo Find X3 Pro tampil dengan sensor 32MP yang diletakkan pada punch-hole.

Beralih kepada bateri, Oppo Find X3 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4,5000mAh yang dilengkapi dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W yang memberikan anda pengecasan penuh dalam 30 minit.

Selain itu, buat pertama kali didalam siri Oppo Find, pengecasan tanpa wayar juga turut disertakan pada Find X3 Pro iaitu AirVOOC Wireless Flash Charge 30W yang mampu memenuhi bateri telefon pintar ini didalam masa 80 minit.

Oppo Find X3 Pro tampil dengan pemproses Snapdragon 888 (modem 5G Snapdragon X60) yang dipadankan dengan 12GB RAM jenis LPDRR5 dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Lain-lain spesifikasi Oppo Find X3 Pro adalah Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6E , USB 3.1, ColorOS 11.2 yang berasaskan Android 11, kalis air IP68 dan pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Oppo Find X3 Pro dijangka akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Gloss Black dan Blue Matte.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.