Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 4 Pro dan Black Shark 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac ini


Black Shark telah memperkatakan mengenai telefon pintar Black Shark 4 sejak bulan Januari, dan kini syarikat itu telah mendedahkan bahawa Black Shark 4 akan dilancarkan pada 23 Mac dan seperti biasa ianya akan ditawarkan dipasaran China terlebih dahulu.

Black Shark dijangka akan memperkenalkan dua varian Black Shark 4 iaitu  Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro namun setakat ini masih belum mendedahkan sebarang spesifikasi telefon gaming ini.

Walaubagaimanapun, Black Shark 4 dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 4.500 mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Selain itu, Siri Black Shark 4 hampir pasti akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888, kapasiti RAM yang tinggi dan skrin paparan 6.67-inci.

Dengan pelancaran rasmi hanya berbaki seminggu, Black Shark dijangka akan mendedahkan lebih banyak maklumat memgenai telefon pintar ini sehingga ke detik pelancaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.