Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HMD Global sahkan pelancaran telefon pintar baru Nokia akan berlangsung pada 8 April 2021


HMD Global secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan memperkenalkan telefon pintar pada 8 April ini dengan skema nama yang baru.

Nokia akan menggunapakai skema nama yang mempunyai huruf dan nombor dan berdasarkan khabar angin, 3 telefon pintar terbaru Nokia yang akan dilancarkan adalah Nokia G10, Nokia X10 dan Nokia X20.

Selain itu, siri Nokia G dilihat sebagai telefon pintar kelas entry level manakala Siri Nokia X pula adalah telefon pintar kelas mid-range.

Bercakap mengenai cipset yang bakal digunakan telefon pintar ini, Nokia G10 mungkin hadir dengan Helio P22 manakala Nokia X10 dan Nokia X20 akan menyokong rangkaian 5G dengan pengunaan cipset Snapdragon 480 dan Snapdragon 690.

Majlis pelancaran Nokia in akan berlangsung pada 8 April 2020, jam 11 malam waktu Malaysia

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.