Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini EMUI 11 kini ditawarkan kepada pengguna global Huawei P30 Pro dan Huawei P30


Huawei telah mula menawarkan kemaskini EMUI 11 bagi pwngguna global telefon Huawei P30 Pro, dan Huawei P30 .

Huawei P30 Pro dan Huawei P30 dilancarkan dengan EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9 sebelum ianya dikemaskini ke EMUI 10 dan EMUI 10.1.

Ketika pelancaran EMUI 11, Huawei telah memberikan komitmen bahawa pelancaran EMUI 11 ini akan mula ditawarkan kepada pengguna Huawei P30 Pro dan Huawei P30 pada suku pertama 2021.

Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa kemaskini ini masih berada pada tahap awal pelaksanaan dan ianya mungkin mengambil masa untuk meliputi semua pengguna global.

EMUI 11 yang ditawarkan ini adalah yang berasaskan Android 10 iaitu versi 11.0.0.138 dengan saiz pakej 1.81GB.


sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.