Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Diabetes Risk Study yang eksklusif kini di tawarkan untuk pengguna HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & WATCH GT 7 Series

HUAWEI Diabetes Risk Study yang eksklusif kini di tawarkan untuk pengguna HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & WATCH GT 7 Series 1

Screenshot

HUAWEI Diabetes Risk Study yang eksklusif kini di tawarkan untuk pengguna HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & WATCH GT 7 Series 2

HUAWEI terus memperkukuhkan penawaran peranti wearable mereka dengan memperkenalkan ciri Diabetes Risk Study pada HUAWEI WATCH FIT 5 Pro &  HUAWEI WATCH GT 7 di Malaysia. Melalui kemaskini perisian HOTA (Huawei Over-the-Air) yang terkini, pengguna baharu mahupun sedia ada HUAWEI WATCH FIT 5 Pro atau HUAWEI WATCH GT 7 Series kini boleh mendapatkan penilaian awal risiko diabetes secara mudah dan tidak invasif, terus daripada pergelangan tangan mereka.

Ciri ini memberikan lebih banyak maklumat berkaitan kesihatan bagi membantu pengguna mengambil langkah proaktif dalam mengurus gaya hidup yang lebih sihat.

HUAWEI Diabetes Risk Study yang eksklusif kini di tawarkan untuk pengguna HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & WATCH GT 7 Series 3

Penilaian Awal Risiko Diabetes Terus Pada Pergelangan Tangan

Salah satu penambahan terbesar pada HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & HUAWEI WATCH GT 7 Series ialah ciri Diabetes Risk Study, yang membolehkan pengguna mendapatkan penilaian awal risiko diabetes tanpa prosedur invasif. Dengan memanfaatkan teknologi Photoplethysmography (PPG) milik HUAWEI, jam tangan pintar ini menganalisis isyarat gelombang nadi bersama maklumat pengguna seperti umur, jantina, ketinggian dan berat badan bagi memberikan gambaran awal mengenai risiko diabetes.

Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna hanya perlu  membuka aplikasi Diabetes Risk Study, menyertai kajian tersebut dan memakai jam tangan selama 3 hingga 14 hari. Selepas tempoh pemantauan selesai, pengguna akan menerima laporan penilaian risiko diabetes yang diperibadikan, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran terhadap tahap kesihatan dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.

HUAWEI Diabetes Risk Study yang eksklusif kini di tawarkan untuk pengguna HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & WATCH GT 7 Series 4

Lebih Daripada Sekadar Penilaian Risiko Diabetes

Selain Diabetes Risk Study, HUAWEI WATCH FIT 5 Pro turut menawarkan pelbagai ciri pemantauan kesihatan yang komprehensif. Antaranya ialah ECG yang membolehkan pengguna memantau kesihatan jantung dengan lebih yakin. Ianya turut  diperakui  oleh CE dan MDA.

Selain itu, Jam pintar ini juga dilengkapi Pulse Wave Arrhythmia Analysis untuk mengesan tanda-tanda awal kadar degupan jantung tidak normal, selain TruSleep 5.0 yang menganalisis kualiti tidur dengan lebih terperinci bagi membantu pengguna mendapatkan rehat yang lebih berkualiti.

Turut tersedia ialah pemantauan Heart Rate Variability (HRV) dan Emotional Wellbeing, yang memberikan gambaran mengenai tahap tekanan serta kesejahteraan emosi pengguna. Bagi pengguna wanita, HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & HUAWEI WATCH GT 7 Series  turut menawarkan fungsi Women’s Health Tracking untuk memudahkan pemantauan kitaran kesihatan wanita.

HUAWEI Diabetes Risk Study yang eksklusif kini di tawarkan untuk pengguna HUAWEI WATCH FIT 5 Pro & WATCH GT 7 Series 5

Dari segi penggunaan harian, jam pintar ini mampu bertahan sehingga 10 hari dengan satu pengecasan manakala HUAWEI WATCH GT 7 Series pula menawarkan sehingga 21 hari jangka hayat bateri , menjadikannya teman ideal untuk gaya hidup aktif. Pengguna yang gemar bersukan pula boleh memanfaatkan ciri penjejakan sukan bertaraf profesional, manakala binaan premium yang menggabungkan bezel aloi titanium bersama gelas sapphire yang memberikan ketahanan dan penampilan yang lebih elegan.

Di Malaysia, HUAWEI WATCH FIT 5 Pro ditawarkan pada harga RM1,099 (sebelum potongan baucar ) membawakan gabungan reka bentuk premium, ciri kesihatan yang lebih menyeluruh serta fungsi kecergasan yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Dalam pada itu, HUAWEI WATCH GT 7 Series akan ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari  RM990, nikmati rebat bernilai RM100 dan tambahan 10% diskaun melalui apabila menggunakan SPayLater. Anda juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM713 termasuk HUAWEI FreeBuds SE 2, HUAWEI EasyCross Strap, 1 Year Worry-Free Care Package, 1 Year APAC Warranty, 3 bulan HUAWEI Health+ dan banyak lagi.

Dapatkan HUAWEI WATCH GT 7 di Laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Official Store di TikTok Shop

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.