Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Twitter umumkan ciri langganan bulanan Super Follows & kumpulan Communities


Twitter secara rasminya telah mengumumkan dua ciri terbaru yang akan datang untuk platformnya.

Ciri pertama adalah Super Follows, yang merupakan ciri premium pertama daripada syarikat ini dan ciri kedua yang diumumkan adalah Communities (komuniti).

Super Follows membolehkan pengguna mengenakan bayaran kepada pengikutnya untuk mengakses kandungan khas.

Dengan bayaran bulanan yang ditetapkan, para pengikut akaun Super Follows akan mendapat akses kepada kandungan eksklusif, buletin, tawaran dan diskaun khusus untuk pelanggan untuk produk pemilik akaun, akses komuniti, lencana pengikut khas dan banyak lagi.

Semua ciri ini bergantung  kepada jenis akaun dan apa yang ingin mereka tawarkan kepada pengikut mereka.

Ciri ini serupa dengan pilihan keahlian Patreon dan YouTube.

Ini membolehkan pengguna memperoleh pendapatan secara langsung dari pengikut mereka dan membolehkan Twitter mengambil potongan dari pendapatan ini.

Ciri lain ialah Communities, pengguna akan dapat membuat dan bergabung dengan kumpulan yang mempunyai tema atau minat tertentu.

Bahagian Komuniti tersebut kemudian akan dapat melihat catatan dari individu yang mempunyai minat yang sama dan bukanya secara rawak seperti sekarang.

Buat masa ini Twitter belum mengumumkan bila kedua-dua ciri baru ini akan ditawarkan kepada pengguna.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.