Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Facebook Smartwatch dilaporkan akan dilancarkan tahun 2022

sumber@screen rant

Gergasi media sosial Facebook dilaporkan sedang membangungkan satu jam pintar yang memfokusan kepada kecergasan dan ciri permesejan popular syarikat ini.

Facebook Smartwatch akan hadir dengan sistem operasi Android ‘open source’, namun syarikat itu juga membangunkan OS tersendiri yang dijangka akan digunakan pada generasi kedua Facebook Smartwatch dan seterusnya.

Jam pintar Facebook ini dijangka mempunyai integrasi mendalam dengan aplikasi milik Facebook seperti Messenger, WhatsApp, dan Instagram, dan ia juga akan menyokong sambungan internet, yang membolehkan anda berinteraksi dengan cepat dengan mesej tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Facebook akan membenarkan peranti untuk berhubung dengan perkakasan dan perkhidmatan syarikat kesihatan dan kecergasan seperti Peloton Interactive.

Walaubagaimanapun, dengan reputasi Facebook yang gagal melindungi maklumat dan privasi pengguna, timbul persoalan samada jam pintar Facebook ini akan mendapat sambutan baik atau sebaliknya.

Jam pintar Facebook dikatakan hanya akan dilancarkan sekitar tahun 2022, dan sumber juga mendakwa ia akan dijual dengan harga kos.

Facebook Smartwatch dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih murah dari Apple Watch Series 6 Apple dan Watch SE.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.