Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro kini di Malaysia pada harga RM 219



Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro kini telah dilancarkan di Malaysia.

Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro dilengkapi kamera 3MP yang memgambil gambar resolusi 2304×1296 yang jelas.

Kamera keselamatan terbaru Xiaomi ini juga dilengkapi aperture f/1.4, lensa 6P, dan sensor imej yang sensitif memastikan gambar berkualiti dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Ia juga menggunapakai algoritma AI pengecaman manusia generasi baharu untuk mengesan pergerakan manusia tidak dikenali dan memberi maklumat kepada pengguna melalui mesej automatik.

Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro juga dilengkapi dwi mikrofon dan teknologi pembatalan bunyi aktif.

Dalam Pada itu, Mi 360 ° Camera Camera 2K Pro juga menyokong komunikasi dua hala yang sangat lancar.

Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro

Selain itu,  Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro ini juga menawarkan mod privasi yang memberikan pengguna fungsi untuk memutar kamera ke dalam melalui tetapan mudah di aplikasi Mi Home dan ianya juga menyokong Google Assistant.

Mi 360 ° Home Security Camera 2K Pro hadir dengan harga penjualan RM 219 dan akan mula ditawarkan untuk pembelian di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee mulai 14 Februari, manakala pembelian di semua stor fizikal Xiaomi dan peruncit rasmi lain di Malaysia pula akan bermula dari 16 Februari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.