Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Band 4e akan mula ditawarkan di Malaysia pada 19 Februari ini – RM 119



Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam kecergasan terbaru syarikat ini iaitu Huawei Band 4e akan mula ditawarkan di Malaysia pada 19 Februari ini pada harga RM 119.

Huawei Band 4e adalah jam kecergasan yang akan menawarkan pengguna pelbagai fungsi kecergasan dan lebih penting pada harga yang amat berpatutan.

Huawei Band 4e hadir dengan skrin paparan sesentuh POLED berukuran 0.5-inci yang juga mempunyai satu butang navigasi kapasitif dibahagian bawah.

Selain itu, Huawei Band 4e juga menawarkan anda jangka hayat bateri (77mAh) yang sangat baik iaitu sehingga 2 minggu pengunaan biasa manakala mod standby menawarkan anda sehingga 21 hari jangka hayat bateri.

Dalam pada itu, antara aktiviti kecergasan yang ditawarkan pada Huawei Band 4e ini adalah bimbingan larian profesional dan mod bola keranjang.

Huawei Band 4e juga hadir dengan kebolehan kalis air 5ATM yang bermaksud ianya boleh bertahan selama 10 minit pada kedalaman 50 meter.

Akhir sekali, Huawei Band 4e akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Mineral Red dan Graphite Black pada harga RM 119.

Walaubagaimanapun,sempena promosi pelancaran pada 19 Februari ini anda boleh mendapatkanya pada harga RM 69 sahaja (unit yang ditawarkan pada harga promosi adalah terhad).

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei Band 4e, anda boleh mengetahuinya di HUAWEI Store atau Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.