MYDIN menjadi pasar raya pertama di Malaysia yang menawarkan pembayaran ShopeePay
Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan ShopeePay di cawangannya di seluruh negara, menjadikannya pasar raya besar pertama di negara ini untuk berbuat demikian.
Kerjasama strategik antara MYDIN dan dompet mudah alih ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan kecekapan pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan pada masa yang membimbangkan ini.
Sempena kerjasama ini, para pengunjung MYDIN akan menikmati pulangan tunai istimewa sekali sahaja bernilai RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar dengan ShopeePay di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28 Februari 2021, atau sehingga ia ditebus sepenuhnya.
Para pembeli juga bakal menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dalam satu transaksi.
Selain itu, pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat kali pertama akan menerima baucar RM8 apabila mereka melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum RM25.
Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak mereka menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021.
Kempen istimewa “Kembali ke Sekolah Bersama MYDIN!” berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021, dan akan menawarkan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan tawaran menarik.