Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda

 

5 sebab kenapa Samsung  Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G telah dilancarkan ke pasaran pada bulan Ogos yang lalu dan telefon pintar flaghip terbaru Samsung ini sedang menerajui pasaran telefon pintar global sehingga hari ini.



Dengan mengutamakan aspek norma baharu pada teknologi, Samsung Galaxy Note20 Ultra memasuki pasaran sebagai telefon pintar yang mampu memberikan anda prestasi lengkap yang anda harapkan pada sebuah telefon pintar.



Berikut adalah “5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra adalah yang terbaik sebagai telefon pintar terbaru anda”

5 sebab kenapa Samsungn Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda

  1. S Pen Terbaik Dalam Sejarah Siri Galaxy Note

Apabila bercakap mengenai Samsung Note series,  kita sudah pasti akan teringat tentang S Pen-nya yang sememangnya merupakan ciri unik untuk telefon pintar didalam siri Galaxy Note.

Kini, stylus S Pen pada Galaxy Note20 Ultra ini telah dinaiktaraf dengan kadar latensi 9 milisecond (ms) sekaligus meletakkanya sebagai stylus paling responsif dipasaran.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 24

Ini membolehkan pengunaan S Pen menawarkan anda pengalaman yang hampir sama seperti menggunakan batang pen sebenar yang dengan respons serta merta dapat dilihat pada skrin.

Sebagai perbandingan, S Pen pada Samsung Galaxy Note10+ mempunyai kadar latensi 42 ms.

Ini bermaksud, S Pen pada Note20 Ultra telah dinaiktaraf hampir lima kali ganda berbanding dengan generasi siri Galaxy Note sebelum ini.

Selain itu, S Pen pada Samsung Galaxy Note20 Ultra juga mempunyai pelbagai fungsi baru yang canggih.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 25

Salah satu ciri tersebut adalah Audio Bookmark iaitu perakam audio ketika anda mencatat di skrin. 

Ciri ini adalah sangat berguna untuk digunakan semasa mesyuarat ataupun semasa syarahan kelas.

Audio Bookmark juga membolehkan anda membuat nota dengan lebih mudah dan ciri audio record didalam nota memastikan anda tidak terlepas sebarang info penting.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 26

Tulisan yang dibuat dengan pantas sudah pastinya berserabut dan tidak kemas.

Untuk itu, Samsung Galaxy Note20 Ultra juga mempunyai ciri untuk membetulkan keadaan ini, dengan satu klik, nota anda yang berserabut dan senget tu akan terus menjadi kemas 

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 27

  1. Skrin yang Besar, Laju dan Mantap

Samsung Galaxy Note20 Ultra hadir dengan skrin paparan berukuran 6.9 inci yang memiliki teknologi Dynamic AMOLED 2X dan dengan kecerahan maksima 1500 nits, ini memberikan anda pengunaan skrin di bawah cahaya matahari yang terang dan jelas.

Selain itu, skrin paparan Galaxy Note20 Ultra juga telah disertakan dengan panel yang mempunyai kadar segar semula (refresh rate) 120Hz.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 28

Ini bermaksud, anda akan disajikan dengan pergerakan animasi yang lebih lancar malah permainan video juga lebih seronok.

Selain itu, kadar refresh rate ini juga akan berubah mengikut keperluan aplikasi yang anda guna, apabila sesetengah aplikasi itu tidak memerlukan kadar refresh rate yang tinggi, ia akan beralih kepada kadar 60Hz dan ini sangat membantu didalam penjimatan bateri.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 29

Samsung Galaxy Note20 Ultra juga merupakan telefon pintar pertama di pasaran untuk menggunakan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus yang lebih mantap dan kukuh berbanding dengan Gorilla Glass 6

Gelas keselamatan Corning ini mampu menahan jatuhan dari ketinggian 2 meter yang sudah pastinya memberikan anda ketenangan minda apabila berlaku insiden yang tidak diingini kepada telefon pintar anda.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 30

  1. Air Gestures

Siri Samsung Note20 juga telah dinaiktaraf ciri air gestures-nya juga.

Fungsi air gesture kini tidak hanya terbatas mengambil gambar,anda kini boleh memgawal hampir keseluruhan telefon pintar.

Ciri air gestures kini boleh ditetapkan untuk navigasi ke paparan sebelum ini, navigasi ke bahagian ‘recent App’, navigasi ke ‘Home’ atau mengaktifkan fungsi Screen Write dan Smart Select

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 31

  1. Kamera 

Kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra adalah sensor 108MP yang merupakan sensor dengan jumlah resolusi tertinggi pada sesebuah telefon pintar.

Selain itu terdapat juga sensor ultra wide angle 12MP, dan sensor telefoto 12MP manakala kamera selfie adalah 10MP.

Melengkapi lagi kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra ini adalah sokongan pengzooman , optikal 5x & sehingga 50x melalui teknologi Super Resolution Zoom

Rakaman video pada Samsung Galaxy Note20 Ultra kini boleh dilakukan pada resolusi 8K dan terdapat juga pilihan untuk membuat rakaman video cinematic dengan nisbah video 21:9

Suara ketika rakaman juga pun boleh ditetapkan mengikut keperluan didalam Siri Galaxy Note20, anda diberikan pilihan untuk merekod audio dari mikrofon belakang, depan, atau omni sound iaitu dari kesemua mikrofon atau dari peranti bluetooth/USB.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 32

  1. Reka Bentuk yang premium

Walaupun Samsung Galaxy Note20 Ultra mempunyai pelbagai ciri yang canggih, reka bentuk juga memainkan peranan penting untuk memberikan kepuasan maksima kepada pengguna.

Reka bentuk Siri Samsung Galaxy Note20 sememangnya memberikan anda satu telefon pintar dengan imej yang “class” dan premium

Lebih-lebih lagi, pengunaan panel berasaskan gelas paling kukuh dipasaran dan aluminum tahan karat menyaksikan Samsung Galaxy Note20 Ultra diangkat sebagai antara telefon pintar dengan penampilan paling premium dipasaran.

5 sebab kenapa Samsung Galaxy Note20 Ultra Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda 33

Selain itu, telefon pintar ini turut ditawarkan didalam warna yang cantik dan unik seperti Mystic Bronze dan terdapat juga warna khas bagi Galaxy Note20 5G iaitu Mystic Green.

Samsung Galaxy Note20 Ultra kini ditawarkan di Malaysia didalam tiga pilihan warna iaitu Mystic Bronze, Mystic White dan Mystic Black pada harga RM 5,199.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note20 Ultra melalui Samsung store , Lazada , Shopee dan Samsung Experience Stor di seluruh negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.