Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini EMUI 11 mula ditawarkan kepada pengguna Huawei MatePad Pro di Malaysia


Huawei Mobile secara rasminya telah mengesahkan bahawa kemaskini EMUI 11 bagi pengguna Huawei MatePad Pro telah mula ditawarkan kepada pengguna Malaysia.

EMUI 11 menguraikan batasan fizikal setiap peranti dan menentukan penggunaan perisian dalam bentuk yang menghubungkan orang, peranti dan pelbagai senario secara organik.

Selain itu, EMUI 11 mencipta pengalaman yang berbeza yang tidak dapat dilakukan oleh banyak peranti individu dan aplikasi tunggal, memberikan pengalaman pintar semua senario masa depan.

EMUI 11 membawakan pengguna pelbagai penambahbaikan dalaman antaramuka Huawei ini dan berikut adalah antara ciri pada EMUI 11 :

Personalised and Dynamic Micro-Animations

Long-Take Animations

Versatile Gesture Animations

Fungsi Multi-Screen Collaboration yang lebih baik

Fungsi Multi-Window – Ciri Multitasking yang lebih berkuasa

Notepad – aplikasi nota yang menawarkan anda kebebasan untuk melakukan perubahan pada konten dan hadir dengan pelbagai fungsi yang memudahkan pengunaan.

Integrasi aplikasi WPS yang lebih mendalam

Aplikasi menulis dan melukis yang baharu seperti NoteShelf, Zen Brush 3 dan FlipaFlip.

Walaupun Huawei telah mengesahkan penawaran EMUI 11 kepada pengguna Huawei MatePad Pro di Malaysia, hasil semakan pada unit reviu kami mendapati kemaskini ini masih belum tersedia untuk dimuat naik.

Penawaran kemaskini EMUI 11 mungkin dibuat secara berperingkat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.