Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

YES DATABACK – Sehingga 100GB Kuota Internet Percuma Dengan Pembelian di Shopee


Pembelian dalam talian Malaysia kini lebih berbaloi, kerana anda boleh mendapatkan ganjaran data percuma YES DATABACK apabila mereka membeli barangan keperluan, aksesori fesyen, barangan penambahbaikan rumah, produk kecantikan dan kesihatan serta banyak lagi di Shopee.

YTL Communication hari ini mengumumkan pelancaran tonggak keempat inisiatif YES Kasi Up yang sedang berlangsung iaitu YES DATABACK, eksklusif untuk para pengguna Shopee.

 YES DATABACK bakal menawarkan data percuma kepada para pengguna apabila mereka membeli-belah di dalam platform rakan niaga YES.

Pelanggan Shopee kini boleh mula mendapatkan 5GB data percuma dengan setiap pembelian RM50 di Shopee, dan boleh menerima sehingga 100GB data percuma setiap bulan.

Untuk tempoh yang terhad, YES turut menawarkan pelan YES Kasi Up Prepaid 15, yang berharga RM15 sebulan dan didatangkan dengan 10 GB data sah untuk tempoh selama 30 hari, pada harga hanya RM1 bagi mereka yang pertama kali membeli kad SIM YES di dalam Shopee.

Pek kad SIM tersebut akan dihantar terus ke rumah pengguna Shopee secara percuma.

YES DATABACK diperkenalkan sejurus selepas tiga tonggak utama inisiatif YES Kasi Up dilancarkan pada minggu lalu iaitu :

YES Kasi Up Prepaid 15 –  menawarkan pelan harga terendah di pasaran RM15 sebulan dengan jumlah data tertinggi dan tempoh sah paling lama.

Kasi Up Postpaid 49 –  yang didatangkan pada harga RM49 sebulan untuk 100GB data, dengan 6 bulan langganan percuma bagi kontrak selama dua tahun.

program YES Kasi Up Refer & Earn –  yang membolehkan pelanggan YES meraih pendapatan RM50 setiap kali mereka merujukkan YES kepada rakan-rakan serta ahli keluarga mereka, di mana rakan-rakan serta ahli keluarga mereka juga akan mendapat ganjaran tunai yang sama.

Kasi up adalah kata-kata semangat yang sering diungkap oleh rakyat Malaysia, yang bermaksud memberikan seseorang itu dorongan atau bantuan yang diperlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tonggak keempat inisiatif YES Kasi Up yang sedang berlangsung iaitu YES DATABACK, eksklusif untuk para pengguna Shopee, sila kunjungi https://shopee.com.my/m/yes-free-databack.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.