Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan pada 14 Januari ini


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Samsung Unpacked pertama bagi tahun 2021 akan berlangsung pada 14 Januari ini.

Ini bermaksud pelancaran siri Samsung Galaxy S21 akan berlangsung pada 14 Januari ini dan Samsung Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat bagi telefon pintar ini.

Selain itu, jika anda mendaftar minat, anda akan menerima satu Galaxy Fit2 yang bernilai RM 179 secara percuma apabila membuat pra-tempahan siri Galaxy S21.

Daftar Minat di SINI

Dalam pada itu, majlis pelancaran Samsung Galaxy Unpacked 2021 ini akan berlangsung pada 11 malam waktu Malaysia dan ianya boleh ditonton secara langsung di YouTube dan laman rasmi Samsung.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.