Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Touch ‘n Go eWallet tawar pulangan tunai sempena Krismas, penjimatan dan pelbagai tawaran #LebihBanyakEkstra


Memeriahkan
lagi sambutan akhir tahun, Touch ‘n Go eWallet telah bekerjasama dengan dua jenama popular di Malaysia iaitu LAZADA dan Tealive melalui kempen Your X’Mas Surprise! yang menawarkan pelbagai ganjaran #LebihBanyakEkstra untuk para pengguna serta keluarga.

Dari sekarang sehingga Krismas, anda boleh menikmati diskaun RM3 bagi pembelian barangan melalui aplikasi LAZADA atau fungsi LAZADA yang sedia ada di aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Pengguna hanya perlu berbelanja minima RM15 dalam satu transaksi untuk layak mendapatkan baucar diskaun RM3 yang boleh ditebus di sini.

Bagi penggemar boba Tealive pula, Touch ‘n Go eWallet menawarkan anda  pulangan tunai RM3 bagi perbelanjaan minimum RM10 di dalam satu resit.

Tawaran ini tersedia sehingga 31 Disember 2020 di kedai-kedai Tealive yang terlibat

Pergerakan bagi aktiviti berbelanja musim Krismas untuk penduduk Lembah Klang kini lebih mudah dengan adanyaliputan pembayaran parkir tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet yang tersedia di kawasan di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA, di samping kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedia ada sebelum ini. 

Penambahan dua kawasan ini adalah berikutan kerjasama dengan Smart Selangor Parking dan Flexi Parking.  Sebagai eWallet pertama yang menawarkan fungsi ini, pengguna kini dapat mengatasi masalah ketiadaan wang kecil untuk pembayaran parkir bermeter dan boleh meneruskan aktiviti harian mereka secara bebas dan tenang.

Program mesra pengguna – The Goal Hunterdiperkenalkan supaya perniagaan-perniagaan di luar sana berpeluang menarik dan menambah pelanggan melalui kempen yang memberikan ganjaran seperti pulangan tunai dan e-Baucar yang #LebihBanyakEkstra,”

Baucar The Goal Hunter telah diperbaharui dengan 20 ganjaran, yang di antaranya adalah daripada BHP, 7Eleven, Digi, Tesco, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.