Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi 9 Power kini rasmi untuk pasaran global pada harga serendah RM 604


Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Redmi 9 Power yang merupakan model Redmi Note 9 4G yang dilancarkan di China bulan lalu namun dengan tambahan kamera makro 2MP.

Redmi 9 Power hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.53-inci dengan kadar segar semula 60Hz dan turut disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Pada bahagian kamera, Redmi 9  Power memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP (118°) sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Selain itu, Redmi 9 Power juga memiliki cip pemprosesan  Snapdragon 662, 4GB RAM dengan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 2.1 bagi kapasiti 64GN dan jenis UFS 2.2 bagi kapasiti 128GB.

Redmi Note 9 4G menampilkan bateri berkapasiti 6,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 18W(pengecasan dalam kotak menyokong output 22.5W) , kamera selfie 8MP, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo.

Selain itu, Redmi 9 Power juga hadir dengan IR Blaster, MIUI 12 yang berasaskan Android 10, sensor capjari disisi dan reverse charging.

Redmi 9 Power akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Blazing Blue, Electric Green, Fiery Red, dan Might Black.

Berikut adalah harga Redmi 9 Power :

Redmi 9 Power 4/64GB – INR 10,999 (RM 604)

Redmi 9 Power 4/128GB – INR 11,999 (RM 658)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.