Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 17

Bekerja dari rumah kini telah menjadi norma baru bagi semua orang kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

Sekurang-kurangnya kali ini, kebanyakan kita sudah tahu apa yang diharapkan dan bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga.

Tetapi bagi anda yang tinggal bersama keluarga, bekerja dari rumah mungkin akan menjadi satu cabaran yang hebat.

Bagaimana jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan HUAWEI FreeBuds Pro yang baru?

Ia pasti dapat membantu menyekat suara-suara yang tidak diingini di rumah.

Pada bulan Oktober tahun ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan HUAWEI FreeBuds Pro baru, fon telinga TWS pertama di dunia dengan pembatalan bunyi dinamik pintar pada harga RM699 sahaja.

Berikut adalah 7 perkara yang perlu anda ketahui mengenai HUAWEI FreeBuds Pro ini.

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 18

1. Pembatalan Bunyi Bising Aktif

HUAWEI FreeBuds Pro disertakan dengan Teknologi Pembatalan Kebisingan Aktif Hybrid HUAWEI yang menawarkan kesan pembatalan bunyi bising sehingga 40 dB, mikrofon earbud didalam dan diluar mengesan bunyi bising manakala pemacu dinamik menghasilkan isyarat anti-bunyi yang tepat .

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 19

2. Dwi-Antena

HUAWEI FreeBuds Pro adalah fon telinga Bluetooth dwi-antena pintar pertama di dunia.

setiap fon telinga HUAWEI FreeBuds Pro ini dilengkapi dengan dua antena Bluetooth yang menawarkan liputan isyarat Bluetooth omnidirectional 360 ° untuk sambungan yang lebih stabil.

Walaupun anda di dapur memasak dan telefon anda sedang dicas di tepi katil, fon telinga anda akan tetap tersambung.

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 20

3. Mod Kesedaran & Mod Suara

Sekarang, anda tidak lahi perlu menanggalkan fon telinga anda secara berterusan.

Hanya dengan menekan pada earbud, anda boleh beralih ke mod kesedaran dan berhubung semula dengan persekitaran anda.

Ciri unik lain adalah Mod Suara yang mengurangkan bunyi sekitar untuk menjadikan suara manusia menonjol.

Oleh itu, apabila anak anda meminta apa-apa fari ada anda, anda akan berada di sana.

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 21

4. Keselesaan dan Teknologi Hijau Inovatif

Dengan memberikan penambahbaikan baru pada model terbaru ini, bateri dan antena kini selaras dengan standard keselamatan sementara reka bentuk dan bahannya melindungi kesihatan saluran telinga pengguna tanpa mengabaikan keselesaan pemakaian.

Oleh itu, langkah-langkah telah diambil untuk memastikan bahawa pengalaman mendengar termasuk pengurangan bunyi bising, panggilan dan pendengaran muzik dilindungi untuk semua pengguna.

Sekarang, anda boleh memakainya di rumah sepanjang masa dengan mudah.

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 22

5. Kawalan Pintar

Sensor yang sangat sensitif pada fon telinga bertindak balas dengan tepat terhadap input anda.

Dengan sapu, tekan atau cubit, anda dapat menaikkan atau menurunkan volume, menerima panggilan, atau menukar muzik anda dengan mudah.

Interaksi pintar ini adalah mudah dikawal.

Melakukan panggilan di rumah semasa bekerja adalah lebih mudah apabila anda dapat mengawal fon telinga anda dengan mudah.

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 23
6. Fungsi Quick Switch

Untuk meningkatkan pengalaman pengguna, HUAWEI FreeBuds Pro menyokong penyambungan  dwi-peranti dan ianya boleh beralih secara automatik di antara peranti tersebut.

Dari tablet ke telefon pintar atau sebaliknya, beralih ke belakang dengan hanya satu sentuhan pada earbuds.

Bayangkan anda sedang melakukan panggilan Zoom dan telefon anda berdering, sekarang anda boleh menukar sambungan peranti dan menjawab panggilan telefon anda!

7 perkara yang perlu anda tahu mengenai HUAWEI FreeBuds Pro 24

7. Reka bentuk

HUAWEI FreeBuds Pro adalah sepasang fon telinga Bluetooth TWS yang memberikan pengalaman memakai yang selamat, selesa dan ergonomik.

Fon telinga ini dibuat menggunakan proses penyaduran elektrik yang tidak konduktif untuk memberikan kemasan berkilat seperti logam.

Bahagian luarnya dibuat dari bahan PVC yang tahan haus, sementara bahagian dalamannya terdiri dari 500 komponen.

Secara keseluruhan, Earbuds ini ringan seperti duit syiling, dengan berat 6.1g di satu sisi.

Kemungkinan anda tidak akan ingat anda memakainya!

HUAWEI FreeBuds Pro kini boleh didapati didalam tiga pilihan warna iaitu Silver Frost, Ceramic White dan Carbon Black pada harga RM 699 sahaja.

Dapatkan Huawei FreeBuds Pro di Huawei Store Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.