Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Majlis pelancaran Apple iPhone 12 akan berlangsung pada 13 Oktober ini

Majlis pelancaran Apple iPhone 12 akan berlangsung pada 13 Oktober ini 3
Akhirnya penantian untuk menyaksikan pelancaran generasi baru Apple iPhone kini bakal berakhir apabila syarikat Cupertino ini telah mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran khas Apple akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Walaupun tidak memberikan sebarang petunjuk bahawa majlis pelancaran ini akan menyaksikan pelancaran Apple iPhone yang baru, pasti mengejutkan kita jika Apple iPhone 12 tidak dilancarkan secara rasmi minggu hadapan.

Selepas tertunda hampir sebulan, pelancaran Apple iPhone 12 bakal menjawab pelbagai persoalan peminat iPhone yang tidak sabar untuk melihat apakah yang bakal ditawarkan pada telefon pintar terbaru Apple ini.

Apa yang pasti adalah, Apple iPhone 12 akan terdiri daripada 4 model iaitu Apple iPhone 12, Apple iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Selain itu, sekurang-kurangnya dua daripada 4 model iPhone yang dilancarkan ini dijangka akan menyokong rangkaian 5G dengan cipset Apple A14 Bionic yang telah pun digunakan pada Apple iPad Air yang baru.

Penantian untuk menyaksikan Apple iPhone 12 yang baru ini akan berakhir didalam masa 7 hari sahaja lagi dan jika anda berminat untuk menyaksikan pelancaran ini, ianya boleh ditonton di apple.com secara langsung pada 14 Oktober, 1 pagi waktu Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.