Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit Neo kini rasmi di Malaysia – jam pintar dengan reka bentuk klasik pada harga RM 139 sahaja

Amazfit Neo Malaysia
Amazfit secara rasminya telah mengumumkan jam pintar terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Amazfit Neo pada harga RM 149 sahaja.

 Amazfit Neo hadir dengan reka bentuk jam retro yang memiliki skrin segiempat (hitam/putih) dengan 4 butang fizikal untuk memberikan anda gaya klasik dengan berat sekitar 32gram sahaja.

 

Amazfit Neo juga kalis air pada tahap 5ATM
Amazfit Neo juga kalis air pada tahap 5ATM

Amazfit Neo hadir dengan skrin paparan STN berukuran 1.2” yang memaparkan masa dan juga mempunyai fungsi always-on.

Selain itu, Amazfit Neo juga memiliki fungsi untuk memaparkan mesej, emel dan notifikasi bagi beberapa aplikasi popular selain fungsi find-my-phone.

Amazfit Neo kini rasmi di Malaysia - jam pintar dengan reka bentuk klasik pada harga RM 139 sahaja 7

Selain itu, Amazfit Neo juga memiliki perekod degupan jantung BioTracker PPG yang mengawasi kadar degupan jantung anda 24 jam dan pelbagai fungsi lain yang sentiasa mengawasi tahap kesihatan jantung anda.

Selain itu, PAI™ Health Assessment System juga akan menukar data degupan jantung anda kepada markah peribadi yang memberikan anda kefahaman lebih lanjut mengenai tahap kesihatan diri anda.

Selain itu, Amazfit Neo juga menawarkan fungsi sleep monitor yang menyeluruh, pembakaran kalori, jumlah langkah dan tiga mod sukan yang popular iaitu berjalan, berlari dan berbasikal.

Amazfit Neo kini rasmi di Malaysia - jam pintar dengan reka bentuk klasik pada harga RM 139 sahaja 8
Amazfit Neo menawarkan pengguna pengunaan sehingga 28 hari pada pengunaan biasa namun ianya boleh dilanjutkan sehingga 37 hari pada mod power-saving.

Amazfit Neo akan ditawarkan pada harga RM 149 namun Amazfit Malaysia akan mengadakan penjualan pra pelancaran eksklusif yang membolehkan anda mendapatkan Amazfit Neo pada harga RM 139 sahaja namun terhad kepada 300 unit pertama.

Amazfit Neo kini rasmi di Malaysia - jam pintar dengan reka bentuk klasik pada harga RM 139 sahaja 9

Penjualan pra-pelancaran ini akan berlangsung pada 2 October 2020 manakala penjualan rasmi akan bermula pada 10 Oktober 2020 juga di Shopee.

Kunjungi stor rasmi Amazfit di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.