Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G akan dilancarkan pada 30 September ini

Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G akan dilancarkan pada 30 September ini 5
Telefon pintar Google Pixel 5 sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September ini bersama-sama Pixel 4a 5G.

Walaupun penjualan Google Pixel 5 mungkin hanya bermula pada 15 Oktober manakala penjualan Pixel 4a dijangka akan bermula pada bulan November sahaja.

Walaubagaimanapun kedua-dua model telefon pintar Pixel ini akan dibuka untuk pra-tempahan pada 30 September ini iaitu pada hari pelancaran.

Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G akan dilancarkan pada 30 September ini 6
Menyentuh sedikit mengenai harga penjualan Pixel 5, ianya dijangka akan bermula dengan harga $699 atau sekitar RM 2,914.

Seperti semua telefon pintar Pixel yang lain, Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G tidak akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi dan anda mungkin harus bergantung kepada pengedar tempatan yang mengimport telefon pintar ini.

Google Pixel 4a kini rasmi – pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.