Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme 7 – telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 29Pengenalan

siri realme 7 telah dilancarkan di Malaysia pada 24 September yang lalu dimana realme 7 dan realme 7 Pro telah secara rasmi diperkenalkan ke pasaran Malaysia.

realme 7 dilihat sebagai telefon pintar yang menawarkan anda pelbagai ciri telefon pintar flagship pada harga penjualan yang amat berpatutan iaitu hanya RM 1,299.

Walaupun ditawarkan pada harga penjualan yang amat berpatutan, kualiti dan ketahanan realme 7 tidak boleh anda pertikaikan kerana telefon pintar ini telah menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk mendapat pensijilan TÜV Rheinland Smartphone Reliability Certification (bersama realme 7 Pro).

Selain itu, penawaran realme 7 ke pasaran Malaysia juga membuktikan kesediaan realme untuk bersaing didalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan yang amat kompetitif di Malaysia.

Berikut merupakan ulasan realme 7 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 30

Reka Bentuk

Sejak pelancaran realme 3 dan realme 3 Pro, reka bentuk telefon pintar realme sentiasa menunjukkan perubahan yang mana terutamanya dari segi panel belakang.

realme 7 pada tahun ini juga tidak kurang menawan dan telefon pintar mempunyai reka bentuk yang dikenali sebagai mirror design yang sepatutnya tampil dengan kemasan berkilau seperti cermin namun sedikit pelik kerana telefon pintar mempunyai kemasan yang lebih matte.

 

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 31

realme 7 juga disertakan dengan satu jalur yang dikenali sebagai ‘split design’ yang memberikan imej visual dwi-reka bentuk yang menarik dan terdapat juga logo realme.

Panel belakang realme 7 ini adalah plastik yang mana ianya juga sama seperti rangka telefon pintar ini.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 32

Pada bahagian sisi kanan, realme 7 memiliki sensor capjari yang juga berfungsi sebagai butang kuasa manakala pada sensor kiri adalah butang pelaras bunyi dan slot SIM.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 33

Selain itu, realme 7 juga telah di iktiraf sebagai telefon pintar pertama untuk melepasi ujian TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification yang mana telefon pintar telah melalui 22 ujian besar dan 38 ujian kecil yang meliputi pelbagai senario kegunaan harian.

realme 7 Malaysia

Skrin Paparan

Seperti realme 6, realme 7 mengekalkan 100% spesifikasi yang sama pada bahagian skrin telefon pintar ini yang mana ianya adalah antara panel skrin terbaik pada tahap harga ini khususnya kerana ianya memiliki kadar segar skrin 90Hz.

realme 7 hadir dengan skrin paparan HD penuh 1080p+ berukuran 6.5-inci yang sangat besar dengan bezel yang nipis dan ianya turut memiliki kepadatan piksel 405ppi.

realme 7 juga menawarkan skrin paparan seperti kelas flagship yang menawarkan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan 120Hz.

Kadar segar mula yang tinggi bermaksud skrin paparan realme 7 mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat dan skrin 90Hz ini menawarkan pengguna hampir 50% lebih bingkai berbanding skrin paparan konvesional yang biasa hadir dengan kadar segar semula 60Hz.

Ini menawarkan pengguna satu pengalaman visual skrin yang lancar dan animasi yang lebih ‘lembut’ dan realme 7 juga menawarkan nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 90.5%.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 34

realme 7 juga hadir dengan kesan lampu Punch-Hole yang mana sekeling kamera ini akan menyala ketika face unlock dan pengaktifan kamera swafoto 16MP ini.

Secara keseluruhan skrin paparan realme 7 membolehkan aktiviti gaming dan tontonan video yang lebih imersif khususnya kerana kadar segar semula skrin 90Hz yang ditawarkan.

Sebagai perlindungan tambahan kepada skrin paparan 90Hz yang ‘power’ ini, realme juga telah menyertakan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 35
Pemproses

realme 7 telah dinobatkan sebagai telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang sekali lagi meletakkan prestasi gaming terbaik sebagai fokus utama.

Pemproses Helio G95 ini menawarkan pengguna kelajuan CPU sehingga 2.05GHz hasil gabungan cip ARM Cortex-A76 dan Cortex-A55.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 36
Unit pemprosesan grafik yang digunakan pada realme 7 adalah ARM Mali-G76 GPU berkelajuan 900Mhz yang menawarkan prestasi gaming yang sangat lancar dan tanpa ‘lag’.

Prestasi pemproses yang digunakan realme 7 juga telah terbukti dimedan ujian AnTuTu dimana telefon pintar ini telah menerima 300,000 mata.

Apabila dibandingkan dengan realme 6 yang menggunakan Helio G90T, anda tidak dapat menyaksikan perbezaan yang ketara apabila menggunakan realme 7.

realme juga harus diberikan pujian kerana realme 7 hanya ditawarkan didalam varian 8GB RAM dan ianya turut disertakan dengan storan dalaman 128GB.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 37

Kamera

realme 7 hadir dengan tetapan quad-kamera dibahagian belakang yang mana ianya terdiri daripada satu sensor utama 64MP Sony IMX682 yang sama seperti pada realme 7 Pro.

Ini memberikan realme 7, satu sensor utama beresolusi tinggi yang membolehkan kualiti gambar yang diambil lebih terang dan padat.

Selain itu, realme 7 juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP yang memiliki lensa 119° dengan aperture f/2.3. Fungsi sensor ultrawide pada telefon pintar telah terbukti kegunaanya dan ianya menawarkan dimensi fotografi yang lebih luas.

realme 7 juga disertakan dengan sensor potret B&W 2MP yang mana fungsi utamanya adalah untuk membekalkan maklumat ‘depth’ untuk penghasilan kesan bokeh terbaik pada gambar potret.

sensor keempat dan yang terakhir pada realme 7 adalah sensor makro 2MP yang mana ianya menawarkan anda fotografi jarak dekat sejauh 4cm dari objek dan ianya memiliki fokus tetap.

Kualiti gambar yang diambil melalui sensor makro adalah lembut dan tidak begitu tinggi kualitinya kerana ianya merupakan sensor 2MP sahaja.

Kualiti gambar yang diambil menggunakan sensor utama ternyata memberikan anda hasil yang baik dan jika itu tidak mencukupi, rawatan mod Chroma Boost pasti memberikan hasil gambar yang lebih padu warnanya.

Antara mod baru yang disertakan pada realme 7 adalah starry mode yang membolehkan anda mengambil gambar bintang yang mana mod ini pertama kali diperkenalkan pada realme X3 SuperZoom.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 38

Selain itu, realme 7 juga disertakan dengan 3 ‘night filter’ yang menarik iaitu Flamingo, Cyberpunk dan Modern Gold untuk gambar malam yang lebih bernyawa dan profesional.

Pada bahagian hadapan pula, realme 7 juga disertakan dengan sensor swafoto 16MP yang dibekalkan oleh Sony (IMX 471).

Hasil Gambar dari realme 7

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 52

Bateri

realme 7 menjadi telefon pintar pertama realme didalam ‘Number Series’ untuk hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan kami amat kagum realme berjaya menempatkan bateri berkapasiti tinggi ini pada rangka yang sangat kompak dengan berat 196 gram.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 53

Pengecasan realme 7 juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 30W Dart Charge yang membolehkan mencapai pengecasan tahap 50% didalam masa 26 minit sahaja manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 65 minit.

Tahap ketahanan bateri yang digunakan pada realme 7 ternyata sangat baik khususnya pengunaan cipset Helio G95 yang sangat efisen.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 54

Menyentuh sedikit mengenai teknologi penyejukan yang disertakan pada realme 7 ini, realme telah melengkapkan telefon pintar ini dengan teknologi penyejukan gentian karbon yang memastikan telefon pintar beroperasi pada suhu yang lebih selesa iaitu sehingga 8.6% lebih sejuk.

ULASAN : realme 7 - telefon pintar midrange dengan Skrin 90Hz dan prestasi gaming baik 55

Penutup

Walaupun realme 7 merupakan pengganti kepada realme 6, telefon pintar ini dilihat mempunyai spesifikasi yang lebih sama seperti versi Pro pada generasi kali ini iaitu realme 7 Pro.

realme 7 hadir di ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,299 iaitu hanya RM 200 lebih rendah berbanding realme 7 Pro.

Walaubagaimanapun realme 7 menawarkan anda skrin paparan 90Hz namun bukan panel AMOLED (60Hz) seperti pada realme 7 Pro selain pemproses Helio G95 yang dilihat mampu menawarkan anda prestasi gaminh yang lebih baik berbanding pemproses Snapdragon 720G.

Anda sudah boleh mendapatkan realme 7 melalui semua saluran penjualan offline pada harga RM 1,299.

Penjualan secara online di Shopee akan bermula pada 1 Oktober 2020

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.