Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay 1

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay

ShopeePay Day Malaysia

Shopee merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan yang juga merupakan platform e-dagang No.1 di Malaysia.

Ketika ini, Shopee sedang mengadakan jualan tahunan Shopee 9.9 Super Shopping Day yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 September 2020 dan ini merupakan ulang tahun Ke-5 Shopee mengadakan penjualan istimewa Shopee 9.9 Super Shopping Day.

Antara tawaran menarik sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day bagi rakyat Malaysia adalah penghantaran percuma dengan pembelian minima serendah RM 9, barangan Jualan Kilat ‘Shocking Sale’ pada harga RM 9, baucar diskaun 50% dan hadiah bernilai RM 99,000 untuk dimenangi melalui Shopee Games.

Lihat Tawaran Menarik Shopee 9.9 Super Shopping Day

Bersempena dengan 9.9 Super Shopping Day ini, Shopee Malaysia akan mengadakan ShopeePay Day yang julung kali diadakan pada 27 Ogos ini. ShopeePay merupakan dompet mudah alih dan ciri pembayaran Shopee yang membolehkan pengguna menyimpan wang dan membuat pembayaran menggunakan e-duit di Shopee dengan lancar, mudah, dan selamat.

Anda pasti tertanya apa yang menarik pada ShopeePay Day ini dan kenapa anda harus mempunyai baki yang mencukupi pada akaun ShopeePay anda.

Jawapannya, ShopeePay Day mempunyai tawaran menarik untuk semua tidak kira anda pelanggan setia atau baru sahaja menjadi sebahagian daripada keluarga Shopee.

Pengguna ShopeePay yang baru akan menikmati baucar RM 10 apabila mereka membuat pembelian minima RM 25 dan ianya juga turut disertakan dengan baucar penghantaran percuma RM 9. Bagi pengguna ShopeePay sedia ada, mereka bakal menikmati baucar tunai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM25.

Bagi pelanggan setia ShopeePay yang telah lama bersama Shopee, anda akan menikmati penghantaran percuma dengan pembelian serendah RM 9 iaitu apabila pembayaran dibuat melalui ShopeePay untuk tempoh satu jam (bermula jam 12 tengah malam, 27 Ogos 2020).

Selain itu, pengguna ShopeePay juga akan menikmati potongan 15% (dengan pengunaan baucar) bagi tambah nilai talian prabayar atau pembayaran bil utiliti juga sempena ShopeePay Day pada 27 Ogos ini (terhad kepada maksima RM 1).

ShopeePay Menawarkan Kemudahan Tambah Nilai Yang Pantas & Selamat

ShopeePay komited memenuhi keperluan pengguna dengan lebih menyeluruh. Ianya menawarkan sistem tambah nilai yang lebih mudah dan transaksi yang sentiasa terjamin.

Anda juga boleh membuat tambah nilai ShopeePay melalui pelbagai cara mudah seperti menggunakan kad kredit, kad debit, perbankan atas talian dan juga di peruncit terkemuka 7-Eleven.

Pemindahan wang antara ShopeePay dan Institusi Perbankan juga amat mudah dan selamat.

ShopeePay menepati piawaian keselamatan yang tertinggi dan terdapat juga pasukan khidmat pelanggan yang sedia membantu anda 24 jam sehari.

ShopeePay Kini Boleh Digunakan di Peruncit Offline Terkemuka

Selain menggunakan ShopeePay apabila melakukan pembelian di platform e-dagang Shopee, ShopeePay kini juga telah diperluaskan pengunaannya kepada peruncit offline untuk melancarkan dan memudahkan pengalaman pengguna sebaik mungkin.

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay 2

Pengguna ShopeePay akan menerima pulangan tunai sebanyak RM 3 bagi pembelian RM 15 dan ke atas di semua peruncit yang menyokong pembayaran ShopeePay seperti Mydin, Black Whale, The Alley, Old Town White Coffee, King’s Confectionery, Mama Kim dan banyak lagi! (sehingga 31 Disember 2020).

Antara promosi menarik yang ditawarkan eksklusif kepada pengguna ShopeePay adalah seperti berikut :

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay 3

Secret Recipe – Pulangan tunai RM2 dengan pembelian minima RM 10 (sehingga 31 Ogos).

Penang Road Famous Teochew Cendol – RM1 Cendol, Harga Asal: RM6.50 (sehingga 31 Ogos)

Tiger Sugar – RM5.90 Oolong black tea, Harga Asal: RM10.90 (sehingga 31 Ogos)

Sangkaya – Ais Krim RM7.50, Harga Asal: RM12.90 (sehingga 31 Ogos)

MyungRang – RM5.90 mozzarella sausage, Harga Asal: RM9.90 (sehingga 14 September )

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay 4
Blackwhale – Ais Krim RM1, Harga Asal: RM5.90 (Sehingga to 30 September )

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay 5
Feng Cha – RM3 bubble tea, Harga Asal: RM14.90 (Sehingga 31 Ogos )

ShopeePay Day 2020 Akan Berlangsung 27 Ogos Ini Dengan Diskaun & Tawaran Menarik Khas Untuk Pengguna ShopeePay 6
Go Noodle House – Pulangan Tunai RM3, dengan pembelian minima RM10 (Sehingga 15 Oktober)

Lihat Tawaran Penuh Eksklusif Kepada Pengguna ShopeePay di Shopee

ShopeePay Day yang bakal berlangsung buat julung kali pada 27 Ogos ini menawarkan pengguna Shopee pelbagai tawaran dan penjimatan hebat di dalam keadaan ekonomi yang amat mencabar ini.

Apa yang anda tunggu lagi, pastikan akaun ShopeePay anda mempunyai jumlah kredit yang mencukupi untuk anda menikmati pelbagai tawaran dan promosi ShopeePay Day yang akan berlangsung dalam masa sehari sahaja lagi.

Mulakan pembelian anda di Shopee sekarang

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.