Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord dinobatkan sebagai telefon pintar 5G paling laris di Shopee Mall

OnePlus Nord Shopee
OnePlus Nord yang dilancarkan ke pasaran Malaysia bulan lalu nampaknya telah mendapat sambutan yang baik dengan penjualan yang amat memberangsangkan.

Kejayaan luar biasa OnePlus ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Shopee yang menobatkan telefon pintar OnePlus Nord sebagai model telefon pintar 5G No.1 di platform Shopee Mall bagi tahun 2020.

Selain itu, Shopee juga telah menobatkan OnePlus Nord sebagai model OnePlus paling laris didalam tempoh 24 jam di Malaysia.

Bagi yang masih belum mendapatkan OnePlus Nord, anda boleh berbuat demikian di stor rasmi OnePlus di Shopee dengan harga penjualan dari RM 1,799 sahaja.

BACA ULASAN : OnePlus Nord – Telefon Pintar Midrange Setaraf Flagship Namun Dengan Beberapa Kekurangan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.