Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Garmin Instinct dan fēnix kini hadir dengan versi yang menyokong teknologi pengecasan solar


Garmin Malaysia hari ini telah mengumumkan pengembangan teknologi pengecasan pada siri jam pintar Instinct, Fēnix 6 dan Fēnix 6S susulan daripada kejayaan fēnix 6X – Pro Solar sebagai jam pintar premium pertama pada tahun 2019.

Jam pintar Garming yang hadir dengan teknologi pengecasan solar ini membawakan kapasiti bateri yang lebih besar dan pelbagai fungsi sukan unik (basikal gunung, dan memanjat gunung).

Garmin Instinct

Jam pintar tahan lasak Garmin Instinct Solar menawarkan jangka hayat bateri sehingga 24 hari dengan pengunaan persekitaran tertutup atau sehingga 50 hari dengan pendedahan solar yang mencukupi.

Selain itu, Garming Instinct juga hadir didalam edisi Tactical yang hadir dengan sokongan night vision Google dan mod Stealth.

Garmin Instinct Solar ditawarkan didalam warna Graphite, Tidal Blue, Sunburst dan Graphite Camo (RM 2,199)  manakala Garmic Instinct hadir didalam warna Black dan Moss.

Harga penjualan Garming Instinct Solar adalah RM 1,999 manakala Garming Instinct Solar Tactical pula ditawarkan pada harga RM 2,199.

Selain itu, Garmin fēnix 6 Pro Solar dan fēnix 6S Pro Solar juga ditawarkan masing-masing dengan harga penjualan RM 4,199.

Jam pintar premium terbaru Garming ini kini boleh dibeli secara atas talian di Lazada, Shopee atau di stor Garmin dan wakil penjual sah rasmi Garmin Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.