Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Promosi servis HUAWEI menawarkan penggantian skrin LCD, panel belakang dan papan utama pada harga yang amat berpatutan

Promosi servis HUAWEI menawarkan penggantian skrin LCD, panel belakang dan papan utama pada harga yang amat berpatutan 9
Jika anda mempunyai telefon pintar HUAWEI yang lama dan mungkin terbiar akibat kos pembaikan yang tinggi, ini merupakan waktu terbaik untuk anda membaiki telefon pintar atau tablet anda kerana HUAWEI kini menawarkan promosi terhad yang membolehkan anda mengganti komponen peranti lama anda pada harga istimewa yang termasuk harga alat ganti dan caj perkhidmatan.

Lawati mana-mana pusat servis HUAWEI untuk menikmati promosi bagi perkhidmatan pembaikan diluar tempoh waranti atau alat ganti seperti skrin LCD, panel belakang dan papan utama.

Promosi servis HUAWEI menawarkan penggantian skrin LCD, panel belakang dan papan utama pada harga yang amat berpatutan 10

Kos bagi penggantian skrin LCD bermula dari serendah RM 99 manakala harga untuk penggantian panel belakang dan papan utama masing-masing bermula dari RM 69 dan RM 159 yang mana semua pembaikan ini turut akan menerima 90-hari waranti dari anda mengambil semula peranti.

Promosi servis HUAWEI menawarkan penggantian skrin LCD, panel belakang dan papan utama pada harga yang amat berpatutan 11

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan penggantian panel belakang pada harga RM 9 apabila anda melakukan penggantian skrin LCD atau papan utama peranti HUAWEI anda.

Telefon pintar HUAWEI yang layak untuk menikmati promosi ini adalah Siri P, Siri Mate, Siri nova, Siri Y, telefon pintar Honor dan tablet MediaPad.

Promosi servis HUAWEI menawarkan penggantian skrin LCD, panel belakang dan papan utama pada harga yang amat berpatutan 12

Senarai penuh peranti yang layak dan maklumat lanjut di SINI

Selain itu, pengguna yang berminat juga boleh menghubungi mana-mana pusat servis HUAWEI yang berhampiran untuk maklumat stok dan membuat temujanji sebelum penghantaran peranti.

Promosi HUAWEI One Price Repair ini akan bermula dari 12 Ogos sehingga 1 Oktober 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.