Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile naik taraf pelan GX30 dan GX38 – internet unlimited lebih laju selain panggilan percuma tanpa had

U Mobile naik taraf pelan GX30 dan GX38 - internet unlimited lebih laju selain panggilan percuma tanpa had 1
U Mobile telah mengumumkan penyelarasan semula pelan prabayar Giler Unlimited (GX) yang meletakkan U Mobile sebagai pendahulu didalam industri telekomunikasi yang menawarkan pelan unlimited terbaik dan termurah sebagai respons kepada pelancaran pelan prabayar Hotlink yang baru.

Mulai 12 Jun 2020, pelan prabayar s Giler Unlimited (GX) akan hadir dengan kelajuan Internet yang lebih pantas pada harga yang sama seperti sebelum ini.

Pelan GX30 kini hadir dengan kuota internet tanpa had iaitu pada kelajuan 6Mbps iaitu dua kali ganda kelajuan berbanding sebelum ini manakala kuota Hospot kini ditawarkan pada 6GB

Pelanggan GX38 pula kini akan menikmati panggilan percuma kesemua rangkaian selain internet unlimited pada kelajuan yang sama seperti sebelum ini iaitu 6Mbps.

Kuota dan penawaran baru ini boleh dinikmati oleh pengguna baru dan sediada pelan GX30 dan GX38 tanpa sebarang penambahan dan kuota ini akan mula dinikmati mulai kitaran bil seterusnya.

Selain itu, pelanggan yang mahu menikmati internet berkelajuan tinggi, anda boleh melanggan Data Booster 5 yang menawarkan anda 10GB internet kelajuan tinggi untuk tempoh 14-hari.

U Mobile juga telah mengumumkan setiap pelanggan prabayar dan pascabayar mereka akan menikmati liputan perlindungan insurans peribadi percuma GoInsure 3 yang juga menawarkan perlindungan tambahan bagi Covid-19.

Maklumat lanjut di : http://www.u.com.my/

U Mobile naik taraf pelan GX30 dan GX38 - internet unlimited lebih laju selain panggilan percuma tanpa had 2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.