Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hotlink Unlimited Plan dan Hotlink Video akan dilancarkan esok – pelan prabayar dengan Internet dan panggilan tanpa had

Selepas baru mengumumkan kemaskini pelan pascabayar Maxis yang akan menyaksikan penawaran 2 kali ganda kuota internet, Maxis nampaknya juga bakal memperkenalkan pelan prabayar Hotlink yang baru dengan panggilan  dan internet tanpa had.

Hotlink Unlimited Plan dan Hotlink Video akan dilancarkan esok - pelan prabayar dengan Internet dan panggilan tanpa had 11

Pelan prabayar baru ini akan dikenali sebagai Hotlink Unlimited Plan (menggantikan pelan Hotlink Red) yang hadir dengan dua pelan tanpa had bulanan iaitu Monthly 35 dan Monthly 45.

Pelan Monthly 35 ini menawarkan internet tanpa had pada kelajuan maksima 3Mbps selain panggilan percuma ke semua rangkaian.

Pelan Monthly 45 pula juga hadir dengan internet tanpa had dengan dua kali ganda kelajuan maksima (6Mbps) dan juga disertakan dengan panggilan percuma ke semua rangkaian.

Hotlink Unlimited Plan dan Hotlink Video akan dilancarkan esok - pelan prabayar dengan Internet dan panggilan tanpa had 12

Selain itu, pelan ini juga dilihat akan hadir dengan pas unlimited sejam pada kadar RM1 selain pas internet berkelajuan tinggi harian 3GB pada kadar RM 3 dan pas mingguan 5GB pada kadar RM 10.

Hotlink Unlimited Plan dan Hotlink Video akan dilancarkan esok - pelan prabayar dengan Internet dan panggilan tanpa had 13
Selain itu, Hotlink juga akan menggantikan pelan Hotlink Superrr dengan pelan prabayar Hotlink Video yang menawarkan penstriman percuma bagi aplikasi YouTube dan 4 lagi aplikasi hiburan lain iaitu Tonton, Viu, Astro Go dan iflix (10GB kuota percuma).

Hotlink Video juga akan hadir dengan panggilan percuma IDD ke Indonesia dan Bangladesh , internet asas percuma dan banyak lagi.

Hotlink Unlimited Plan dan Hotlink Video akan dilancarkan esok - pelan prabayar dengan Internet dan panggilan tanpa had 14

Selain penstriman bagi 5 aplikasi video, masih belum diketahui apa lagi jenis pas yang akan di ditawarkan pada pelan prabayar Hotlink Video ini.

Hotlink Unlimited Plan dan Hotlink Video akan dilancarkan esok - pelan prabayar dengan Internet dan panggilan tanpa had 15

Pelancaran bagi pelan prabayar Hotlink yang baru ini adalah pada 4 Jun 2020 (esok).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.