Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi – Helio G80, Bateri 5,020mAh dan skrin FHD+ – harga serendah RM 720


Siri telefon pintar Redmi Note 9 telah pun mula dijual sejak beberapa bulan lalu namun baru sekarang redmi memperkenalkan telefon pintar pertama didalam siri Xiaomi Redmi 9.

Redmi 9 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.53-inci yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla 3 dan dengan nisbah 89.83%.

Xiaomi Redmi 9 hadir dengan pemproses Helio G80 yang hadir didalam konfigurasi 3/32GB atau 4/64GB selain sokongan dwi-SIM Nano dan microSD sehingga 512GB.

Tetapan Quad-kamera juga digunakan pada Redmi 9 ini iaitu sensor utama 13MP f/2.2, sensor ultrawide 118° 8MP f/2.2, sensor makro 5MP f/2.4 dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP f/2.0

Redmi 9 juga memiliki kapasiti bateri yang besar iaitu 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W namun hanya palam pengecas 10W disertakan didalam kotak.

Redmi 9 hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan ungu dengan harga penjualan €149 bagi versi 3/32GB (RM 720) manakala 4/64GB pula ditawarkan pada harga €179 (RM 865).

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.