Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Sony PlayStation 5 telah disahkan – hadir didalam dua versi


Reka Bentuk Sony PlayStation 5 telah disahkan – hadir didalam dua versi

       Sony secara rasminya telah mendedahkan reka bentuk konsol gaming generasi baharu mereka iaitu PlayStation 5 yang akan dilancarkan penghujung tahun ini.

Sony PlayStation 5 nampaknya akan hadir didalam dua edisi iaitu edisi biasa yang dikenali hanya sebagai PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.

Buat masa ini tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat kecuali PlayStation 5 Digital Edition ini tidak mempunyai slot untuk memasukan CD 4K UHD Blu-ray dan versi Digital ini juga lebih nipis.

Selain daripada itu, harga penjualan PlayStation 5 Digital Edition mungkin lebih murah namun semua permainan video yang anda mahu hanya boleh dibeli secara atas talian di Sony PS Store.

Sony juga telah memberikan kita visual penuh alat kawalan DualSense Wireless Controller dengan kemasan didalam warna putih yang agak unik.

Selain itu, antara aksesori Sony PS5 yang akan turut dijual adalah stesen pengecasan dua controller secara serentak, Kamera HD untuk motion tracking, set kepala Pulse 3D selain alat kawalan media ketika menggunakan konsol sebagai pemain Blu-ray dan penstriman.

Antara permainan video PS5 yang telah disahkan adalah Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Horizon Forbidden West, Gran Turismo 7, Ratchet & Clank: Rift Apart, Resident Evil Village, NBA 2K21, Deathloop, Hitman III manakala GTA V akan menerima kandungan baru, visual yang lebih baik, penambahbaikan teknikal dan prestasi apabila ianya dilancarkan pada pertengahan tahun hadapan.

Sony masih belum bersedia mengumumkan harga penjualan rasmi konsol PS5 ini namun terdapat laporan bahawa ianya akan ditawarkan pada harga dari £599.99 di UK (RM 3,231).

Walaubagaimanapun harga penjualan PS5 di UK bukanlah harga akhir bagi semua pasaran dan pasaran Malaysia mungkin menerima Sony PS5 pada harga yang lebih berpatutan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.