Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

PKPB Tamat 9 Jun – PKPP akan berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2020, rentas negeri dan operasi perniagaan seperti biasa


Ketika perutusan khas YAB perdana Menteri sebentar tadi beliau telah mengumumkan bahawa 
PKPB akan berakhir pada 9 Jun 2020 dan akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

Berikut adalah antara info penting yang anda perlu tahu tentang PKPP :

  • Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.
  • Dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.
  • perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu,bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.
  • Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.
  • Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.
  • Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.
  • sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian
  • waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.
  • Beberapa aktiviti atau sektor masih dillarang. Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.