Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 17Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan Oppo A92 ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 1,199 dan ianya turut disertai dengan pelancaran TWS terbaru Oppo iaitu Enco W31 yang ditawarkan pada harga RM 259.

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 18
Oppo A92 hadir dengan skrin paparan IPS punch-hole (Neo-Display) berukuran 6.5-inci yang membawakan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 665, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 19

Pada bahagian belakang, Oppo A92 dilengkapi dengan sensor utama 48MP f/1.7, sensor ultra wide 8MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie yang disertakan adalah 16MP AI Beautify.

Selain itu, Oppo A92 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W, antaramuka ColorOS 7.1 yang berasaskan Android 10 dan sensor capjari dibahagian sisi.

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 20

Oppo A92 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Shinning White dan Twilight Black.

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 21

Pra-tempahan Oppo A92 kini dibuka stor atas talian rasmi Oppo, Shopee, Lazada dan Astro Go Shop.

Setiap pembelian Oppo A92 akan menerima 1 tahun tambahan waranti (RM 99) dan Olike Bluetooth Speaker (RM 199).

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 22

Bagi pembelian di Astro Go Shop, 1,000 unit pertama Oppo A92 akan hadir dengan hadiah percuma yang sama seperti di atas dan tambahan satu beg galas Oppo Raya Reno bernilai RM 199.

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 23

Oppo Enco W31 pula hadir dengan harga penjualan RM 259 namun sebagai promosi pra-tempahan, anda boleh mendapatkan pada harga RM 199 sahaja (dari 4-8 Mei 2020).

pra-tempah Oppo Enco W31 di SINI

Oppo A92 dan Enco W31 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia 24

Selain itu, Oppo Malaysia juga mengumumkan Oppo W31 akan ditawarkan pada harga RM 129 sahaja dengan pembelian Oppo A92.

Oppo A92 dan Enco W31 akan mula dijual secara rasmi pada 9 Mei 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.