Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi mencatatkan pertumbuhan 9% pada suku pertama walaupun kesan pandemik Covid-19


Xiaomi mencatatkan pertumbuhan 9% pada suku pertama walaupun kesan pandemik Covid-19

Laporan terbaru Canalys mengenai pertumbuhan dan penjualan telefon pintar global bagi suku pertama 2020 telah menunjukkan penurunan sebanyak 13% berbanding suku pertama tahun lalu.

Pada suku pertama 2020, sebanyak 225 juta unit telefon pintar telah terjual dan penurunan ini adalah disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Selain itu, tiga syarikat telefon pintar terbesar dunia iaitu Samsung (-17%), Huawei(-17%) dan Apple(-8%) telah mencatatkan penurunan penjualan.

Walaubagaimanapun Xiaomi telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9% didalam keadaan pasaran yang mencabar dengan penjualan sebanyak 30.2 juta unit dan membolehkanya kekal sebagai syarikat telefon pintar No.4 dunia

Pertumbuhan yang dicatatkan Xiaomi ini juga antara yang terpantas diantara semua syarikat telefon pintar dunia.

Xiaomi juga kini mempunyai simpanan tunai sebanyak RMB66 bilion atau sekitar RM 40 bilion.

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi – Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600

Xiaomi Redmi Note 9 dan Note 9 Pro dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia pertengahan Mei

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.