Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp bakal menawarkan sokongan ciri panggilan video sehingga 8 orang


Didalam fasa kita harus membiasakan diri dengan norma yang baru, perhubungan antara rakan sekerja atau berborak(membawang) bersama rakan memerlukan pengunaan teknologi seperti panggilan video yang menyokong lebih ramai peserta.

Microsoft dan Google adalah antara penyedia panggilan video secara conferencing ini dan Whatsapp juga ingin menawarkan fungsi yang sama.

WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook kini akan mengembangkan ciri panggilan video ‘group’ yang menyokong sehingga 8 pengguna serentak dan aplikasi ini kini didalam fasa beta bagi pengguna iOS dan juga Android.

Penambahan pada ciri panggilan video ini hadir selepas awal bulan ini WhatsApp telah mula menawarkan sehingga 4 peserta didalam satu panggilan video.

Memandangkan sokongan ini masih dalam fasa beta, kita mungkin perlu menunggu sedikit untuk sebelum ciri ini ditawarkan pada semua peranti.

*untuk memastikan kelancaran panggilan video sehingga 8 peserta, kesemua mereka juga harus mempunyai versi WhatsApp yang terkini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.