Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,799

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,799 7
Seperti diumumkan sebelum ini, Xiaomi Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan telefon kelas flagship terbaru mereka iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro ke pasaran tempatan sebagai telefon pintar 5G pertama di Malaysia.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,799 8

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro akan memasuki pasaran Malaysia mulai 1 Mei 2020 namun pra-tempahan akan dibuka di Lazada mulai 22 April hingga 30 April dengan setiap pembelian Mi 10 akan menerima Mi Band 4 (kedua-dua versi) manakala Mi 10 Pro pula akan menerima Mi True Wireless Earphones.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,799 9

Harga penjualan Xiaomi Mi 10 di Malaysia akan bermula dari RM 2,799 bagi versi 8/128GB manakala versi 8/256GB akan ditawarkan pada harga RM 2,999.

Xiaomi Mi 10 Pro pula akan hadir dengan harga penjualan RM 3,899 iaitu bagi versi 8/256GB yang meletakkanya pada harga yang sama seperti Huawei P40 Pro di Malaysia.

Untuk pra-tempahan, anda kini sudah boleh membuat pra-tempahan di stor rasmi Xiaomi Malaysia di Lazada.

ketahui spesfikasi lengkap Xiaomi Mi 10 dan Xiaomi Mi 10 Pro di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.