Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Petronas umum pembangunan prototaip Tekanan Saluran Udara Berterusan Positif (CPAP) bagi pesakit Covid-19 di Malaysia


Syarikat Petroliam Nasional atau Petronas telah mengumumkan akan membangunkan prototaip
Tekanan Saluran Udara Berterusan Positif (CPAP) untuk pesakit COVID-19 di Malaysia.

Prototaip ini akan dibangunkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan perbincangan antara badan kesihatan ini dan Petronas pada 2 April yang lalu.


Tekanan Saluran Udara Berterusan Positif (CPAP) ini adalah prototaip telah dibangunkan oleh pasukan F1 Mercedes AMG yang berpangkalan di UK dan Petronas merupakan rakan kongsi bagi pasukan ini.

Prototaip CPAP yang dibangunkan oleh Mercedes AMG F1 ini telah memasuki produksi kurang 100 jam selepas perancangan dibuat dan syarikat ini mampu mengeluarkan sebanyak 1000 unit sehari didalam masa seminggu.

Sebagai permulaan, sebanyak 100 unit CPAP ini akan diberi kepada University College London Hospital (UCLH) bagi ujian percubaan sebelum diberikan kepada hospital lain di UK.

Pembangunan prototaip ini adalah sesuatu yang kritikal ketika ini dengan penularan wabak pandemik Covid-19 yang menyebabkan kekurangan alat bantuan pernafasan ‘Ventilator’ di unit ICU dan CPAP membolehkan Ventilator hanya digunakan pada pesakit yang lebih memerlukan.

Buat masa ini Petronas atau KKM tidak memberikan sebarang tarikh akan bila ujian prototaip ini akan dilakukan di hospital tempatan atau akan terus ke fasa pengunaan selepas mendapat lampu ‘hijau’ dari Mercedes F1 dan hospital di UK.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.