Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Sakura Gold kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja

Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Sakura Gold kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja 11

Seperti dijanjikan sebelum ini, Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor 9X Pro, Honor MagicBook dan Honor MagicWatch 2 42mm warna Sakura Gold.

Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Sakura Gold kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja 12

Honor 9X Pro hadir ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 999 (versi 6GB/256GB) dan penjualan telefon pintar ini akan bermula pada 17 April 2020 dengan setiap pembelian akan turut menerima jam kecergasan Honor Band 5i ( penjualan di Honor Experiences Store).

Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Sakura Gold kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja 13

Selain itu, Honor MagicBook yang merupakan komputer riba pertama Honor di Malaysia akan hadir dengan harga penjualan yang amat kompetitif iaitu RM 2,299 dengan penjualan bermula pada 8 April 2020 melalui Hihonor, Shopee, Senheng dan SenQ.

Setiap pembelian Honor MagicBook akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 1,017 iaitu satu unit Honor MagicWatch 2, beg galas komputer riba Honor dan tetikus tanpa wayar Bluetooth.

Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Sakura Gold kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja 14

Honor MagicWatch 2 42mm edisi Sakura Gold pula akan hadir dengan harga penjualan RM 799 dengan penjualan bermula 8 April 2020 di Hihonor dan Shopee.

Setiap pembelian Honor MagicWatch 2 ini akan menerima earbuds Honor Sport Pro yang  bernilai RM 299 secara percuma.

Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Sakura Gold kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja 15

Selain daripada pelancaran ini, Honor Malaysia juga telah mengumumkan bahawa Honor Scale 2 yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Honor MagicBook 14” Malaysia- apa yang anda perlu tahu

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.