Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V19 telah diumumkan secara rasmi – pelancaran di Malaysia menyusul

vivo V19 telah diumumkan secara rasmi - pelancaran di Malaysia menyusul 13
Vivo secara rasminya telah mengumumkan vivo V19 yang baru bagi pasaran global dan ini adalah telefon pintar yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Vivo V19 adalah satu model yang baru dan ianya tidak sama dengan vivo V19 yang dilancarkan ke pasaran Indonesia baru-baru ini.

vivo V19 telah diumumkan secara rasmi - pelancaran di Malaysia menyusul 14

Vivo V19 ini hadir ke pasaran sebagai telefon pintar syarikat untuk hadir dengan skrin paparan dual-punch hole ‘Ultra O’.

Ianya menggunapakai skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci yang memiliki sensor capjari terbina dalam skrin dan pada punch-hole ini, vivo menyertakan satu unit sensor 32MP f/2.1 dan satu sensor ultrawide 8MP dengan aperture f/2.3.

Dari segi pemprosesan dalaman, vivo V19 akan hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 712, 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB atau 256GB.

vivo V19 telah diumumkan secara rasmi - pelancaran di Malaysia menyusul 15

Beralih kepada kamera, Vivo V19 memiliki tetapan quad-kamera dengan susunan-L seperti pada vivo V17. Ianya adalah sensor utama 48MP + 8MP ultrawide + 2MP depth dan 2MP sensor makro. Menarik pada model ini adalah kedua-dua sensor belakang dan swafoto menyokong mod malam Super Night dan video Ultra Stable.

vivo V19 telah diumumkan secara rasmi - pelancaran di Malaysia menyusul 16

Bateri yang disertakan pada Vivo V19 adalah yang berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W yang menggunakan USB-C dan terdapat teknologi penyejukan ‘Copper Tube Liquid Cooling’.

vivo V19 telah diumumkan secara rasmi - pelancaran di Malaysia menyusul 17vivo V19 telah diumumkan secara rasmi - pelancaran di Malaysia menyusul 18

Vivo V19 akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver namun buat masa ini harga penjualan belum diumumkan.

Vivo V19 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.