Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Golf Garmin Approach S62 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM 2,399

Garmin Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran jam pintar Approach S62 yang merupakan jam premium golf dengan GPS yang menawarkan maklumat lengkap hampir 20,000 padang golf pada pergelangan tangan anda.

Garmin Approach S62 hadir dengan skrin paparan sesentuh berukuran 1.3-inci yang menawarkan kecerahan yang mencukupi walaupun dibawah cahaya matahari. Skrin paparan ini adalah 17%’lebih besar berbanding model sebelum ini dan ianya juga dikelilingi dengan bezel seramik yang tahan calar.

Garmin Approach S62 hadir dengan pelbagai fungsi yang akan membantu meningkatkan permainan golf pengguna seperti PlaysLike Distance, Hazard View dan Mod Virtual Caddie yang memberikan anda analisa faktor kritikal seperti kelajuan angin, susun atur padang dan pukulan lalu untuk memilih kayu golf yang sesuai untuk setiap pukulan.

Bercakap mengenai ketahanan bateri jam golf Garmin Approach S62 menawarkan sehingga 20 jam pengunaan pada mod GPS dan 14 jam bagi mod jam pintar.

Selain itu, Garmin Approach S62 juga hadir dengan sensor kadar degupan jantung, sensor Pulse Ox – anggaran kadar saturasi oksigen dalam darah, smart notifications dan sokongan pelbagai aktiviti kecergasan yang lain.

Garmin Approach S62 hadir dengan harga penjualan RM 2,399 di stor Garmin dan MST Golf (selepas tempoh PKP).

Buat masa ini, jika anda berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui e-mel cs@mstgolf.com dengan menyertakan nama, nombor telefon dan lokasi stor untuk pengambilan tempahan (sehingga 30 April 2020) 50 pembeli pertama akan menerima barangan Golf Garmin bernilai RM 259.

Selepas tempoh PKP, pembelian boleh dibuat di mana-mana stor MST Golf dengan setiap pembelian akan menerima barangan Golf Garmin bernilai RM 259 (50 pembeli pertama

maklumat lanjut mengenai Garmin Approach S62 di Sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.