Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar pertama dengan sensor kamera 144MP

Xiaomi 144MP camera smartphone
Xiaomi merupakan syarikat pertama untuk melancarkan telefon pintar dengan kamera 48MP iaitu Redmi Note 7 sebelum memperkenalkan Redmi Note 8 Pro sebagai telefon pintar pertama dengan kamera 64MP dan Mi CC9/ Mi Note 10 sebagai telefon pintar pertama didunia dengan sensor kamera 108MP.

Kini menurut satu leakster terkemuka, Xiaomi akan juga menjadi syarikat pertama didunia untuk mengeluarkan telefon pintar dengan sensor kamera 144MP.

Kesemua pencapaian oleh Xiaomi adalah hasil pengunaan sensor kamera yang dikeluarkan oleh Samsung dan  sensor 144MP untuk telefon pintar terbaru Xiaomi juga akan dibekalkan oleh syarikat ini kerana hanya syarikat gergasi Korea Selatan ini sahaja yang sedang membangunkan sensor 144MP.

Walaupun buat masa ini masih belum ada maklumat model Xiaomi yang mana akan menggunakan sensor 144MP ini , terdapat ura-ura mengatakan Mi CC10 Pro atau Mi 10S Pro akan hadir dengan sensor ini.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenai kewujudan telefon pintar ini namun ianya dijangka akan diketahui didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.