Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A91 kini di Malaysia, dapatkan pada harga promosi RM 899 di Lazada

Oppo A91 malaysia
Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan Oppo A91 ke pasaran tempatan dan ianya hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar pertama didalam siri Oppo A untuk hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED.

Oppo A91 Shopee malaysia

Oppo A91 sudah boleh dibeli di semua saluran atas talian yang termasuk Shopee dan Lazada namun tawaran di Lazada adalah sesuatu yang tidak patut anda lepaskan kerana ianya ditawarkan pada harga RM 899 sahaja (percuma beg galas Oppo).

Ini memberikan anda penjimatan RM 100 daripada harga asal Oppo A91 iaitu RM 999.

Oppo A91 Lazada Malaysia
Anda hanya perlu melakukan pembayaran deposit 10% untuk memastikan anda menikmati harga promosi ini yang mana deposit harus dibayar sebelum 26/03 sebelum bayaran penuh dijelaskan  pada 27/03.

Terus kepada spesfikasi, Oppo A91 hadir dengan skrin paparan FHD AMOLED berukuran 6.4-inci yang turut dilapisi Corning Gorilla Glass 5 (408ppi), pemproses MediaTek MT6771 (Helio P60), 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Oppo A91 juga hadir dengan tetapan quad kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP selain kamera selfie 16MP.

Bercakap mengenai bateri, Oppo A91 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,025mAh dan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang membolehkan 50% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Oppo A91 juga hadir dengan ColorOS 6.1, sensor capjari dalam skrin dan Game Boost 2.0.

Dapatkan Oppo A91 di Lazada pada harga RM 899

Dapatkan Oppo A91 di Shopee (belum ditawarkan buat masa ini).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.