Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P40, P40 Pro dan P40 Premium akan dilancarkan secara rasmi 26 Mac ini

Huawei P40 malaysia
Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran siri telefon pintar flaghsip Huawei P40 akan berlangsung pada 26 Mac ini.

Huawei nampaknya bakal mengikut jejak langkah Apple dan yang terbaru Samsung didalam melancarkan tiga model flagship iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Premium.

Seperti kita sedia maklum, siri telefon pintar Huawei P adalah peranti yang memfokuskan kepada kebolehan fotografi yang terbaik dan ketiga-tiga model dijangka akan dibezakan dengan tetapan kamera.

Selain daripada itu, ketiga-tiga model Huawei P40 akan hadir dengan pemproses Kirin 990 seperti pada siri Huawei Mate 30 dan Huawei Mate Xs.

Dengan pelancaran hanya berbaki dua hari sahaja lagi, kita tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan pelancaran telefon pintar yang ditunggu-tunggu pada tahun ini.

Pelancaran Siri Huawei P40 ini akan turut menyaksikan pelancaran peranti ekosistem Huawei yang baru.

Seperti biasa, Richard Yu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group akan melancarkan telefon pintar ini tepat pada 9 malam waktu Malaysia.

Majlis pelancaran siri Huawei P40 ini boleh ditonton secara langsung di YouTube Huawei Mobile atau Facebook Huawei Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.